Resepi Sup Dumpling ( Mandu Soup )

7:12:00 AM Syafy Syaf 1 Comments


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, 안녕, hi, hello 😃

Time hujan-hujan memang heaven kalau pekena sup panas2 uishh. Tu hari ingat nak buat sp tp x tahu sup apa then tetiba teringat dalam peti still ada dumpling ( mandu ), so decided nak buat dumpling sup. If uolls suka rasa yang sangat simple but savory, u really should give this soup a try!

Cara buat dumpling ( mandu ) boleh usha SINI keh 😊

❤️💛💚💙💜

Bahan - bahan :

6 cawan air
8 ekor ikan bilis saiz sederhana
Bawang merah
1 sk sos ikan
2 ulas bawangb putih ( cincang )
1 biji telur
2 slice daun bawang
Dumpling


Cara - cara :

1. Rebus air, ikan bilis dan bawang pada suhu sederhana selama 20-30 minit. If terlalu banyak air berkurang after that, boleh tambah sikit lagi air.

2. Keluarkan bawang and ikan bilis.

3. Tambah sos ikan, bawang putih dan dumpling. Then tutup periuk tu. Tambah garam sikit.

4. If dumpling tu da terapung thats mean da masak.

5. Tambah telur yang telah dipukul and daun bawang and DONEEEE 😄



SELAMAT MENCUBA !!

1 comments:

Resepi Dumpling ( Mandu ) Sedap dan Halal

6:43:00 AM Syafy Syaf 0 Comments


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, 안녕, hi, hello 😃

So, dumpling ni of one Korean dish yang dipanggil Mandu di Korea. Dia lebih kurang je ngan Gyoza ( Japan ) and Dimsum ( China ). But for sure berbeza keh dengan karipap Malaysia tho my father gelarkan dumpling ni sebagai karipap Korea 😰 Ni one of most requested recipe, tapi Syafy asyik busy and x sempat2 nak update. So sorryyyyy 😢 Xnak bebel panjang2, jom kita usha resepi dia ;)

Not mine, rembat google punya gambar sbb lawo xDD
Bahan - bahan :


2 cawan daging kisar
1 cawan kucai ( dihiris halus )
4-5 biji cendawan shitake
1/2 Tofu 
3 ulas bawang putih
1/2 bawang besar
Garam
Gula
Lada sulah
Minyak bijan
Minyak masak
Kulit dumpling


Syafy pakai tofu ni. Biasa beli at TM. Giant pun ada
Setakat ni Syafy jumpa aeon je jual kulit dia ni.
Pengepit untuk bentuk dumpling ( dk what it call xD )
Boleh kelim guna tangan if pandai.
Syafy buat x jadi, tu senang pakai ni je

Cara - Cara :

Mangkuk 1: Campurkan daging dengan 1sk garam, 1sb minyak bijan dan 1/2 sk lada sulah.

Mangkuk 2: Basuh daun kucai then lap guna kain kering. Potong sampai dapat satu cawan then campurkan 1sb minyak masak. 

Mangkuk 3: Cincang cendawan dan bawang besar.

Mangkuk 4: Squeeze tofu biar kurang air dia then campur dengan garam sikit, 1sk minyak bijan.

Mangkuk 5 : Campurkan 1sk kicap, 1sk gula, 2 sk minyak bijan.


Campurkan kesemua 5-5 mangkuk ke dalam satu bekas shj. Then tambah bawang putih yang telah dicincang and gaul semua bahan2 tersebut.

Then letak je kulit dumpling atas pengepit tu, letak inti tu kat tengah then kelim je la. Sama je macam buat karipap malaysia kan xD


Nak masak dia : letak minyak sikit je atas kuali, dalam 2sb je. Then goreng. Kalau uolls nak buat deepp fry pun terserah. Ikut selera masing2. Korean jarang sikit buat deep fry klo mandu ni.


Salah pakai kuali, terpakai kuali yg nipis cepat burn tu, nilah hasilnya tapi still YUMSS 💓

Btw, resepi ni Syafy ambik daripada Maangchi . Kalau nak tengok mcm mana proses buat one by one, uolls boleh pergi ke Youtube Maangchi and just search Mandu. Dalam video tu ada tunjuk cara nak kelim sendiri without guna dumpling maker tu :D


SELAMAT MENCUBA !!

0 comments:

Resepi Spagetthi Carbonara Yang Sangat Creamy

6:10:00 AM Syafy Syaf 0 Comments


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, 안녕, hi, hello 😃

Entry kali ni Syafy nak share resepi carbonara. Actually compare to carbonara, Syafy prefer bolognese kut. 😀 Before this cuba resepi carbonara xde satu pun yang betul2 kena dengan selera. Daripada yang instant sos prego tu sampailah homemade. Susah nak dapatkan rasa creamy yang tekak betul2 suka tu. Kebetulan awal raya tu hari ada nampak classmate post story instagram dia masak carbonara. Nampak macam yummy, so apa lagi Syafy usha la resepi daripada dia. Cuba2 and alhamdulillah jumpa pun rasa creamy yang diingini tekak. 

So, lets get started~


Bahan-bahan :

Butter
Sosej
Ayam - kisar
Cendawan
Kiub ayam
1 biji bawang holland
Sos prego mushroom (biru)
Sos prego cheese (kuning)
1 tin susu cair
Blackpepper
Cheese (Syafy pakai kepingan cheesedale je)

Cara-cara :

1. Panaskan butter then masukkan bawang, sosej, ayam dan cendawan.
2. Masukkan sos prego and susu cair satu tin.
3. Masukkan black pepper sikit and kiub ayam.
4. Masukkan cheese and then siap untuk dihidang.

Simple kan? Sangat simple and sangatlah yummy. Ya Allah sambil menaip ni rasa nak meleleh air liur bila terbayangkan tekstur creamy carbonara tu 😻

Yums, makan plak dengan dessert fave, DOUBLE YUMS! 💕

Selain tu, boleh try resepi spagetthi Syafy yang lain juga kalau sudi. Klik je makanan mana yang ingin dicuba 😆





SELAMAT MENCUBA!!


0 comments:

Kek Lapis Kukus Cream Cheese Sedap

8:00:00 AM Syafy Syaf 0 Comments



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, 안녕, hi, hello 😃

Entry yang ni Syafy nak share satu resepi kek. Syafy selalu buat masa form 6 dulu (2015). Then da lama x buat sampai lah sekarang baru buat semula. Sangat senang untuk buat and memang confirm sedap! Lets check it out~ Oh btw resepi Syafy ambik dari blog hanamemories


BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus 
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.


Hasilnya ❤️❤️❤️

Selamat mencuba semua 😃

0 comments:

Resepi Biskut Brownies

7:51:00 AM Syafy Syaf 0 Comments


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, 안녕, hi, hello 😃


Masih belum terlambat kan nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri semua 😄 Entry kali ni Syafy nak share resepi brownies. Sape yang kenal Syafy memang tahu yang Syafy ni memang gila brownies 😁Nak jadi citer masa 2-3 days hari terakhir puasa ada nampak story member buat brownies, but bukan yang biasa. Yang nipis-nipis, Biscuits Brownies. Mintak resepi rupanya dia ambik resepi dari twitter @anisaniesa. Tapi dia bagi username and ingredients je, so gigih la sis scroll down twitter dia nak cari resepi ni. Alhamdulillah jumpa! Syafy x nak bebel panjang2, so here the recipe 🎉


Bahan-bahan :

1. Butter - 100g
2. Dark choc compound - 250g
3. Chocolate spread - 2 sb (Syafy pakai nutella)
4. Telur - 2 biji
5. Gula perang - 1/2 cawan
6. Esen vanilla - 1 sk
7. Tepung gandum - 150g *
8. Baking powder - 1 sk *
9. Tepung beras - 1/2 sb *
10. Choc chip/ badam untuk tabur atas biskut

*ayak


Cara-cara :

1. Double boil bahan no 1, 2 dan 3 sampai cair.
2. Kacau bahan no 4, 5 dan 6 dalam bekas lain. After that masuk dalam bahan yang dah double boil.
3. Masukkan bahan no 7, 8 dan 9 dalam bekas yang dicampur semua tadi.
4. Then letakkan nipis-nipis atas tray yang dah dilapisi baking paper. Jangan tebal sangat takut x rangup. Then tabur la choc chip or badam or anything yang disukai.
5. Bakar guna api atas bawah dengan suhu 150-160C.
6. After dah masak terus potong sementara dia still lembik. Kalau da keras nanti pecah2 plak.

Ni yang sis buat  ❤️

Thats all. Senangkan cara nak buat dia. Selamat mencuba ✨



0 comments: