Contoh Surat Rasmi Rayuan Permohonan Kemasukkan Ke Universiti

3:55:00 PM Syafy Syaf 108 Comments

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, 안녕, hi, hello 

Setiap kali keluar keputusan U ada pelbagai reaction. Selalunya :

1. Happy sebab dapat U yang diingini.
2. Sedih tak dapat u / kos yang diingini.
3. Sedih sebab tak dapat tawaran.

Those yang x dapat tawaran still ada peluang untuk membuat rayuan. But yang no 2 tu macam mana? Jangan risau uolls, ada penyelesaiannya! Bergantung pada diri sendiri je either nak berusaha or x~ 

Ok for yang kategori no 3 tu boleh buat e-rayuan, and yang no 2 tu pun boleh buat rayuan. Kategori no 3 boleh buat rayuan melalui e-rayuan, while yang no 2 tu boleh buat rayuan straight pada pihak U. Either melalui e-mel, hantar surat or direct ke U tu sendiri. And Syafy sangat mengesyorkan anda semua memilih cara ke-3 tu. Melalui cara tu pihak U akan nampak kesungguhan diri anda. Those yang buat rayuan melalui e-rayuan pun kalau boleh buat jugak la step tu after isi e-rayuan ;)



CONTOH SURAT RASMI RAYUAN



Alien,
No.6, Jalan Terbang,
00000 Marikh,
Galaxy.


Pendaftar,
Bahagian Pengurusan Akademik,
Unit Kemasukan dan Rekod,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim                                                                                             09 OGOS 2016

Tuan/Puan,

PERMOHONAN RAYUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Merujuk perkara di atas, saya Alien, NO IC memohon agar terpilih dalam tawaran Program Pengajian Sarjana Muda ambilan September 2016.

2.         Saya merupakan pelajar lepasan STPM 2015 dan saya telah mendapat keputusan 2A 1B+ 1B dengan PNGK 3.58.

3.         ( untuk pelajar yang dapat tawaran ) Saya telah membuat permohonan kemasukan ke universiti melalui UPU. Saya ditawarkan memasuki Universiti Malaysia Kelantan dalam program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan ( Perbankan dan Kewangan Islam ). Berikut adalah sebab saya mengemukakan rayuan kepada pihak tuan/puan walaupun berjaya mendapat tawaran :

            3.1    bagi la sebab uolls mohon ( kena kukuh! ) 

3.         ( untuk yang tidak mendapat sebarang tawaran ) Saya telah membuat permohonan kemasukan ke universiti melalui UPU. Dukacitanya, permohonan saya untuk memasuki ke mana-mana universiti awam di Malaysia tidak diterima. 

PILIH SALAH SATU SHJ YG NO 3, TENGOK ANDA KATEGORI MANA
         
4.         Di sini saya turut melampirkan dokumen-dokumen akademik dan kokurikulum untuk rujukan pihak tuan/puan. Oleh itu, saya amat berharap rayuan saya ini dipertimbangkan. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amat diharapkan dan dihargai.
Sekian, terima kasih.


Yang benar
,
………....
( ALIEN )
No.telefon : 01x-xxxxxxx



Bersama surat ni uolls kena sertakan salinan :

* Salinan IC sendiri and parents
* Salinan slip / sijil spm, stpm, matrik, diploma, muet, kokurikulum
* Salinan slip gaji parents. If x de buat pengesahan pendapatan
* Salinan permohonan e-rayuan upu ( bagi those yang x dapat tawaran and isi e-rayuan )

KESEMUA SALINAN PERLULAH DISAHKAN! 

p/s : for those yang pergi direct ke U tu, bawa sekali sijil yang asal ya.



Hope entry ni dapat membantu uolls. Jangan lupa banyakkan berdoa and buat solat-solat sunat. Keyakinan kepada Allah kena tinggi keh :D Pape yang x faham boleh drop comment keh ;) 




See u in next entry. 
Thanks for reading! xoxo

108 comments: