Salam Maulidur Rasul

4:54:00 PM Syafy Syaf 0 Comments






Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad salallahualaihi wassalam ( صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد ).
 Pengorbanan dan kasihnya pada kita tak akan lekang sepanjang zaman 


Salam Maulidur Rasul :')



0 comments:

DENDALION

6:39:00 AM Syafy Syaf 0 Comments





Bunga Dendalion termasuk dalam jenis Taraxacum dari keluarga Asteraceae. Bunga Dendalion berasal dari benua Eropah dan Asia. Bunga Dendalion boleh hidup di semua tempat. Di mana benih Dendalion jatuh kerana diterbangkan angin, di situlah Dendalion akan tumbuh.



Secara fizikal, Dendalion tak seberapa menarik. Mungkin kerana bentuknya yang pelik dan tangkainya yang rapuh. Namun sebenarnya Dendalion banyak mengajar manusia ( bagi yang memahami ) tentang erti sebenar kehidupan. Saya akan jelaskan sedikit makna kehidupan di sebalik bunga Dendalion yang dapat kita contohi.
Bukan Dendalion mungkin nampak rapuh tapi hakikatnya Dendalion sangat kuat, indah dan memiliki maksud yang dalam. 



Kuat menentang angin, terbang tinggi di angkasa hingga jatuh di suatu tempat dan tumbuh menjadi kehidupan yang baru.



Itulah erti kehidupan dari bunga Dendalion. Terbang tinggi dan menjelajah angkasa bermaksud tetap berusaha untuk mengejar dan mencapai cita-cita dan tidak berhenti meskipun berbatu-batu jauhnya. Jatuh di suatu tempat dan menjadi kehidupan baru bermaksud perbaiki keadaan hidup di mana pun kita berada dan bawalah kebahagiaan di manapun kita berada :') 

0 comments: