Resepi Biskut Red Velvet Mudah dan Sedap 🍪

8:34:00 AM Syafy Syaf 1 Comments


Assalamualaikum and hii semua 👋🏻 Malam ni nak share resepi cookies lagi 😂
Sebab cookies butterscotch yg buat few days ago da habis and mulut plak jenis tak boleh berhenti mengunyah, so kita buat la cookies lain plak 😋 Nak buat yg butterscotch tu lagi sebab sedap teroks (puji diri sendiri plak 🤭) tapi bahan tak cukup 😭

Resepi ni pun ambik dari Kak Wan. Memang da biasa guna resepi dia dari zaman ambik kursus jangka pendek pastry kat Kolej Komuniti masa habis spm dulu (2014) 😄

Jom start!

Cue lagu Yummy 😆

Bahan2 yang diperlukan :

• 200g butter
• 30gm shortening
• 220g gula pasir
• 1 biji telur
• 300g tepung gandum
• 20g serbuk koko
• 50g tepung jagung
• 3/4 sk baking soda
• 1/4 sk garam
• 1sk cuka makan
• 1sk esen vanila
• 1sk bright red coloring
• 100g white choc chips
• white choc chips secukupnya untuk hiasan

Cara buat :

1. Mix butter, shortening & gula sampai berkrim
2. Masukkan telur, esen vanila, cuka & pewarna. Putar sampai rata.
3. Masukkan tepung, serbuk koko, baking soda & garam.
4. Masukkan choc chips & gaul rata dengan adunan.
5. Sejukkan dalam fridge around 30mins sambil2 tu boleh la panaskan oven.
6. Ambik adunan & tekan few choc chips at atas. Nak guna sudu boleh, tangan boleh - terpulang.
7. Susun jarak2 sbb nanti adunan tu mengembang. Bakar suhu 150C selama 20 mins api atas bawah.
8. Sejukkan dulu before masukkan dalam bekas okies 😙

And Doneee 🥳

Mcm biasa asing 1 bekas bawak masuk bilik 😆
Klo tak mmg licin ke adik2 je laa ~

S E L A M A T   M E N C U B A ✨

1 comments:

Butterscotch Chocolate Chips Cookies - sukatan gram & cawan ✨

2:51:00 AM Syafy Syaf 0 Comments


Assalamualaikum & Hii everyone 🤗
Finally after da lebih setahun tak update 🤭 susah nauu nak istiqamah update blog 😂 Now kita da fasa ketiga PKP (15/04/2020 - 28/04/2020). Duk umah ni memang la mulut kejenya nak mengunyah ajaa 🤦🏻‍♀️ So harini syafy nak share resepi cookies! Boleh la try buat, untuk biskut raya ke 😆 sumpah senang! Lets start~ 🥄

Btw, resepi ni syafy guna resepi Kak Wan @resepicitarasawan 😙

Iolls bukan photographer bertauliah yee
so gambar apa ada je la pakai phone 😂 yg penting rasa sodap 😋


Bahan-bahan :


BAHAN A :

✅ 250g butter
✅ 220g (1 1/4 cup) gula perang
✅ 1sk esen vanila
✅ 1 biji telur

BAHAN B :

✅ 350g (2 1/2 cup) tepung gandum
✅ 70g (1/2 cup) tepung jagung
✅ 1 sk baking powder
✅ 1 sk baking soda
✅ 50ml (6 sb) minyak masak

BAHAN C :

✅ 150g (1cup) butterscotch choc chips
✅ 150g (1cup) choc chips


CARA-CARA :

1. Campur bahan A and kacau sebati.
2. Masukkan bahan B and kacau jadi doh yang lembut.
3. Masukkan bahan C and gaul rata. Masa ni doh agak lembut.

* Step 1 & 2 nak gaul guna mixer boleh or nak guna senduk kayu pun boleh. 
Syafy pakai mixer je senang, malaih nak kacau2 manual ni 🤭😆

4. Chill adunan dalam fridge dulu around 30 mins.
5. Letak adunan atas tray yg dialas baking paper. Guna sudu je senang. 
Buat saiz kecik2 je and make sure jarakkan sebab nanti dia mengembang.
6. Bakar suhu 150C 20 mins api atas bawah 🔥 
7. Da siap biarkan sejuk dulu jap baru masukkan dalam bekas okies 😙

Anddd DONEEEE 😋



Sedap teroks weh 🤤🤤
 S E L A M A T   M E N C U B A 🍪


0 comments: