Resepi Spagetthi Aglio Olio Udang

5:15:00 AM Syafy Syaf 0 Comments



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, 안녕, hi, hello 😃

Yeah entry kali ni resepi makanan lagi 😁 Syafy memang sangat sangat sangat gemarkan spagetthi! And actually jenis yang x prefer nasi sangat. Syafy boleh tahan berminggu-minggu tak makan nasi. Bukan nak diet ke apa tapi memang dari kecik macam tu~

Tu hari Syafy ada share resepi spagetthi bolognese homemade punya sos sebab syafy prefer buat sendiri berbanding guna prego semua tu.. Today Syafy nak share resepi spagetthi Aglio Olio plak! 💕 Resepi ni Syafy ambik dari Wanista. Lets get starting ~


Bahan-bahan (2-3 orang) :

segenggam spaghetti ( yang tu je ada kat rumah masa tu )
15-20 ekor udang ( boleh tambah or kurangkan. Syafy suka banyak2 )
1/2 cawan minyak zaitun 
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu besar chili flakes ( xde so syafy guna 1-2 biji cili api potong kecik)
1 sudu besar oregano flakes
1 sudu besar parsley flakes
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 kiub pati ayam
garam secukup rasa



Cara-cara :

1. Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan. Dalam periuk lain, rebus udang sehingga hampir masak dan toskan. Jangan buang air rebusan tu.
2. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit. Masukkan 1 senduk air rebusan udang.
3. Masukkan oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam, garam dan pati ayam.
4. Masukkan spaghetti dan udang. Kacau hingga sekata.
Siap untuk dihidangkan.


S E L A M A T   M E N C U B A~

Thanks for reading and seeya in next entry~ xoxo!

0 comments: