Resepi Kimbap Daging dan Tuna

10:04:00 PM Syafy Syaf 0 Comments


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, 안녕, hi, hello 😃

Today, Syafy nak share cara buat kimbap. K-lover confirm tahu ni apa! Kimbap ( 김밥 ) ni one of Korean food. Its a rice and few ingredients wrapped in roasted seaweed. Senang sangat nak buat kimbap ni, cuma maybe yang susah sikit nak gulung dia je. Syafy pun first time buat x bape nak cantik shape, tapi da lama2 ni x de la nak  kata cantik sangat, tapi ok la dari first time buat 😁 Kimbap ni makanan Korea pertama yang Syafy belajar buat. Syafy memang suka makan and juga suka masak. Tapi tekak ni jenis mengada sikit, prefer outside food berbanding Malay food --" And kimbap ini antara most requested dish by my family and friends. 

So, harini syafy nak share la resipinya. Just like tajuk entry ni syafy akan buat kimbap berisi daging dan tuna dan juga few others ingredients. Biasanya kalau kita tengok kdrama mesti selalu nampak kimbap ni dalam dia ada timun, carrot and radish kan? This is called Basic Kimbap. Buttttt, Syafy ni jenis x suka makan sayur xD, so satu-satunya sayur yang ada dalam kimbap syafy ni hanyalah carrot. Jangan risau, apa yang uolls nak letak dalam kimbap uolls ni terpulang pada diri sendiri. Takde rules menghalang 🙈. Resepi ni syafy gabungkan dari 2 websites which are MAANGCHI and AERISKITCHEN ❤️

My Beef and Tuna Kimbap 💕

BAHAN UNTUK DAGING :

1 cwn daging kisar
2-3 ulas bawang putih ( cincang )
1 dan 1/2 sb kicap
1 sb gula
1 sk minyak bijan
sedikit serbuk lada hitam


BAHAN UNTUK TUNA :
1 tin kecik tuna 
1 sb kicap
1/2 sb gula
2-3 ulas bawang putih ( cincang )
1 sk serbuk lada hitam
2 sk minyak bijan
1 sb bijin bijan yang digoreng tanpa minyak

p/s : Tuna tu yang kosong, bukan yang untuk buat sandwich tu. Syafy selalu guna yang dalam air masin tu, tin dia warna biru klo x silap.


BAHAN-BAHAN LAIN :

2 cawan beras Jepun
Roasted seaweed
1-2 biji telur
Sosej ( potong memanjang )
Isi Ketam ( potong memanjang )
Carrot ( potong memanjang )
Bamboo Mat untuk menggulung

p/s : boleh tambah bahan lain ikut selera masing-masing =D


CARA-CARA MEMBUAT :

1. Tanak beras sama macam beras biasa. Bila da masak campur dengan sedikit minyak bijan, garam dan biji bijan yang digoreng terlebih dahulu.
2. Campurkan daging bersama bahan-bahannya dan letak ketepi sementara prepare bahan lain.
3. Perah tuna supaya tak berair. Masak atas kuali tanpa minyak. Masukkan minyak bijan. Kacau sebentar dalam 2 minit, kemudian masukkan kicap, gula, bawang putih dan lada hitam. Kacau lagi for few minutes then tutup dapur. Masukkan biji bijan dan siap.
4. Goreng daging yang diperap tadi.
5. Goreng sosej, isi ketam dan carrot dengan minyak yang sedikit. Bila da masak lap dengan tisu untuk hilangkan minyak.
6. Buat telur dadar kemudian potong memanjang.
7. Boleh start menggulung. Cara dia atas bamboo mat, letak seaweed kemudian letak nasi atas seaweed tu. Nasi jangan sampai penuh satu seaweed letak dalam 3/4 saiz seaweed je. Then boleh susun daging, tuna semua tu. After that gulung la, sambil gulung tu tekan-tekan sikit biar dia mampat.
8. Da siap gulung boleh potong. But, sebelum potong lumurkan gulungan kimbap tu dan pisau pemotong dengan minyak bijan. Tujuannya biar senang nak memotong. And tada~ siap dihidang! ;D

Makanan wajib setiap kali picnic dengan my bff ❤️

Picnic baru-baru ni.
Kimbap, Japchae, Gyeranmari, Cakes ❤️

Selamat mencuba semua. Any question boleh drop comment ok ;D
Thanks for reading and see you in next entry~ xoxo!


0 comments: