Resepi Pavlova Sedap ❤️

8:12:00 AM Syafy Syaf 0 Comments


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, 안녕, hi, hello 😃

Masa tulis entry ni sesungguhnya ai berada di kolej! 😭
Sambil menulis sambil craving! So pavlova is one of my fave dessert ever!
Selalu jgak beli at luar tapi family x suka, manis sangat katanya. Yang buat sendiri ni
Alhamdulillah dorang suka, maybe sebab x manis sangat. Yelah buat sendiri kan so kemanisan tu boleh ikut selera sendiri.

One of thing yang syafy selalu teringat bila fikir pasal pavlova ni adalah kenangan buat pavlova dengan my bestie. 
Habis spm 2013, Syafy and bestie tolong cikgu jaga koperasi. Syafy ingat lagi setiap kali before gi sekolah tu kita org selalu singgah pasar beli pavlova.
Sampai la one day tu pavlova tu da x de, x sure la habis or orang tu da x buat tapi after that day pun still x de.
So one day tu kita org decided nak buat sendiri. Buat at mana?
jeng jeng jeng~~ kita orang buat at koperasi sekolah! 😰

One of my bestie tu ayah dia keje at sekolah tu so rumah dia dalam kawasan sekolah.
Gigih la kita orang mengangkut oven and segala jenis perkakas ke koperasi tu.
Masa tu memang first time buat, memang kelam kabut. Dengan x pandai asingkan telur putih dengan kuning bagai, berapa kali failed xDD

Now nak cakap expert buat pavlova tu x de la. Tapi ok la da boleh buat tanpa kelam kabut lagi. Hahahahaha xD
Semuanya sebab banyak kali buat sepanjang sem break tu. Permintaan daripada family tinggi sangat =P
So here im gonna share the recipe that I took from Azie Kitchen 😆


Lookin yummy right 😁



Bahan-bahan :

4 biji telur putih (gred A)
180g cawan gula kastor
1 sk pure extract vanila 
1 sb vinegar/lemon juice
1 sb tepung jagung

Topping:
1 cawan topping cream cream ( Syafy pakai brand Value Pride )
Fresh fruits ( cari yg masam sbb meringue da manis )



Cara cara:

1. Asingkan putih dan kuning telur. Putih telur je guna untuk buat meringue. Make sure x de sikit pun kuning telur sebab meringue akan x jadi nanti.

2. Putar putih telur dengan medium speed ( speed 3 ) selama 2 minit. 

3. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar 2/3 minit guna medium speed.

4. Masukkan esen vanilla, tepung jagung dan cuka then putar pada max speed 2 minit. After that terbalikkan bekas tu, if x jatuh means meringue tu menjadi.

5. Kaup balikkan adunan sebanyak 7/8 kali. Jangan over kaup nanti cair!

6. Panaskan oven pada suhu 180C selama 5 minit dan alas baking tray guna baking paper.

7. Then buat bentuk guna nozel. Ikut la korang nak buat bentuk mcm mana, cth :



8. Bakar guna api atas-bawah pada suhu 110-130C selama 1 jam 20 minit. 

9. Bila da siap jangan terus bukak and keluarkan meringue tu. Biar je sejuk dalam oven selama 10-15 minit. Ingat jangan bukak oven tu. Biar je~


10. After that, Syafy masukkan dalam peti dulu. Bila da betul2 sejuk baru letak cream and hias dengan buah.

11. Untuk cream tu, pukul pada kelajuan laju selama 5 minit. Nak tahu da ok belum, terbalikkan. If x jatuh means ok la tu. Jangan pukul over sangat nanti pecah x cantik da tekstur dia.


topping cream yg Syafy pakai. Boleh cari at kedai kek RM10 je :D


Pavlova ni sedap makan bila dia da sejuk. So kalau boleh letak la dalam peti dulu, da cool down baru letak cream semua tu. Tapi if  x sabar boleh je lepas sejukkan dalam oven tu terus nak letak cream buah semua tu. Tapi rasa dia x senaise macam yg sejuk la 😊




S E L A M A T    M E N C U B A !



Thanks for reading and seeya in next entry! xoxo~

0 comments:

Resepi Spagetthi Aglio Olio Udang

5:15:00 AM Syafy Syaf 0 Comments



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, 안녕, hi, hello 😃

Yeah entry kali ni resepi makanan lagi 😁 Syafy memang sangat sangat sangat gemarkan spagetthi! And actually jenis yang x prefer nasi sangat. Syafy boleh tahan berminggu-minggu tak makan nasi. Bukan nak diet ke apa tapi memang dari kecik macam tu~

Tu hari Syafy ada share resepi spagetthi bolognese homemade punya sos sebab syafy prefer buat sendiri berbanding guna prego semua tu.. Today Syafy nak share resepi spagetthi Aglio Olio plak! 💕 Resepi ni Syafy ambik dari Wanista. Lets get starting ~


Bahan-bahan (2-3 orang) :

segenggam spaghetti ( yang tu je ada kat rumah masa tu )
15-20 ekor udang ( boleh tambah or kurangkan. Syafy suka banyak2 )
1/2 cawan minyak zaitun 
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu besar chili flakes ( xde so syafy guna 1-2 biji cili api potong kecik)
1 sudu besar oregano flakes
1 sudu besar parsley flakes
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 kiub pati ayam
garam secukup rasa



Cara-cara :

1. Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan. Dalam periuk lain, rebus udang sehingga hampir masak dan toskan. Jangan buang air rebusan tu.
2. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit. Masukkan 1 senduk air rebusan udang.
3. Masukkan oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam, garam dan pati ayam.
4. Masukkan spaghetti dan udang. Kacau hingga sekata.
Siap untuk dihidangkan.


S E L A M A T   M E N C U B A~

Thanks for reading and seeya in next entry~ xoxo!

0 comments:

Resepi Cornflakes Madu Sedap

4:14:00 AM Syafy Syaf 0 Comments



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, 안녕, hi, hello 😃

This is one of my fave 'kuih raya'. 
Tapi susah nak jumpa at kedai sebab cepat sangat habis. 
Kalau beli awal-awal x sempat ke raya plak xD
So biasanya tiap kali raya rembat yang rumah orang punya la =D
But now da berjaya pujuk ayah belikan oven so buat sendiri je.
Yummy but simple and easy!


Bahan-bahan ( 50-60 biji) : 

4 cawan cornflakes
1/4 cawan mentega
1/4 cawan madu
1/2 sk esen vanilla
papercup secukupnya

p/s : if korang suka boleh la guna ceri or choc chip or kismis untuk hiasan. Tapi syafy prefer kosong je.

Cara-Cara membuat :

1. Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair.
2. Masukkan esen vanilla dan kacau. Sejukkan sebentar.
3. Masukkan cornflakes dalam mangkuk dan hancurkan sedikit.
4. Masukkan campuran mentega, madu dan esen vanilla tadi ke dalam mangkuk berisi cornflakes. Gaul rata.
5. Sudukan ke dalam paper cup dan letak hiasan if ada.
6. Susun atas loyang dan bakar selama 10-15 minit pada suhu 150C. Then siap untuk dimakan =)

S E L A M A T   M E N C U B A~

Thanks for reading and seeya in next entry~ xoxo!

0 comments:

Resepi Asam Pedas Sardin

12:18:00 AM Syafy Syaf 0 Comments



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, 안녕, hi, hello 😃

Entry kali ni Syafy nak share resepi asam pedas. 
Banyak-banyak asam pedas Syafy paling suka asam pedas daging but tu hari entah kenapa tiba-tiba ter'craving' asam pedas sardin plak.
Duk gode-gode google terjumpa la resepi ni dekat blog SirapLimau yang asalnya diambil daripada MyResepi. Alhamdulillah first try menjadi =D


Bahan-bahan :

1 tin besar sardin
10-15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inc. halia
sedikit belacan
1 sb lada hitam

Kisar bahan-bahan di atas

1 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
2 batang serai - titik
1/2 cawan air asam dpd 1 sb asam jawa
2 biji tomato - belah 4
2 tangkai lada hijau - belah 2/potong serong
2 tangkai daun sup dan daun bawang - hiris 1 inc.
1 biji terung - potong ikut suka
garam dan perasa secukup rasa
secukup minyak untuk menumis
secukup air untuk kuah


Cara- cara :

1.  Panaskan minyak dalam periuk, tuman bahan hiris dan serai hingga wangi
2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak
3. Masukkan 1 cawan air dan gaul rata. Biar mendidih.
4. Masukkan sardin dengan sosnya sekali, air asam, perasa, terung dan lada hijau.
5. Kacau perlahan, tambah air jika perlu dan biar mendidih sekali lagi.
6. Akhir sekali, masukkan tomato, daun sup dan daun bawang.
7. Kacau sekali lagi dan renehkan 10 minit sebelum matikan api. Siap dihidangkan~ 


Selamat Mencuba!

Thanks for reading and seeya in next entry~ xoxo!

0 comments:

Resepi Kimbap Daging dan Tuna

10:04:00 PM Syafy Syaf 0 Comments


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, 안녕, hi, hello 😃

Today, Syafy nak share cara buat kimbap. K-lover confirm tahu ni apa! Kimbap ( 김밥 ) ni one of Korean food. Its a rice and few ingredients wrapped in roasted seaweed. Senang sangat nak buat kimbap ni, cuma maybe yang susah sikit nak gulung dia je. Syafy pun first time buat x bape nak cantik shape, tapi da lama2 ni x de la nak  kata cantik sangat, tapi ok la dari first time buat 😁 Kimbap ni makanan Korea pertama yang Syafy belajar buat. Syafy memang suka makan and juga suka masak. Tapi tekak ni jenis mengada sikit, prefer outside food berbanding Malay food --" And kimbap ini antara most requested dish by my family and friends. 

So, harini syafy nak share la resipinya. Just like tajuk entry ni syafy akan buat kimbap berisi daging dan tuna dan juga few others ingredients. Biasanya kalau kita tengok kdrama mesti selalu nampak kimbap ni dalam dia ada timun, carrot and radish kan? This is called Basic Kimbap. Buttttt, Syafy ni jenis x suka makan sayur xD, so satu-satunya sayur yang ada dalam kimbap syafy ni hanyalah carrot. Jangan risau, apa yang uolls nak letak dalam kimbap uolls ni terpulang pada diri sendiri. Takde rules menghalang 🙈. Resepi ni syafy gabungkan dari 2 websites which are MAANGCHI and AERISKITCHEN ❤️

My Beef and Tuna Kimbap 💕

BAHAN UNTUK DAGING :

1 cwn daging kisar
2-3 ulas bawang putih ( cincang )
1 dan 1/2 sb kicap
1 sb gula
1 sk minyak bijan
sedikit serbuk lada hitam


BAHAN UNTUK TUNA :
1 tin kecik tuna 
1 sb kicap
1/2 sb gula
2-3 ulas bawang putih ( cincang )
1 sk serbuk lada hitam
2 sk minyak bijan
1 sb bijin bijan yang digoreng tanpa minyak

p/s : Tuna tu yang kosong, bukan yang untuk buat sandwich tu. Syafy selalu guna yang dalam air masin tu, tin dia warna biru klo x silap.


BAHAN-BAHAN LAIN :

2 cawan beras Jepun
Roasted seaweed
1-2 biji telur
Sosej ( potong memanjang )
Isi Ketam ( potong memanjang )
Carrot ( potong memanjang )
Bamboo Mat untuk menggulung

p/s : boleh tambah bahan lain ikut selera masing-masing =D


CARA-CARA MEMBUAT :

1. Tanak beras sama macam beras biasa. Bila da masak campur dengan sedikit minyak bijan, garam dan biji bijan yang digoreng terlebih dahulu.
2. Campurkan daging bersama bahan-bahannya dan letak ketepi sementara prepare bahan lain.
3. Perah tuna supaya tak berair. Masak atas kuali tanpa minyak. Masukkan minyak bijan. Kacau sebentar dalam 2 minit, kemudian masukkan kicap, gula, bawang putih dan lada hitam. Kacau lagi for few minutes then tutup dapur. Masukkan biji bijan dan siap.
4. Goreng daging yang diperap tadi.
5. Goreng sosej, isi ketam dan carrot dengan minyak yang sedikit. Bila da masak lap dengan tisu untuk hilangkan minyak.
6. Buat telur dadar kemudian potong memanjang.
7. Boleh start menggulung. Cara dia atas bamboo mat, letak seaweed kemudian letak nasi atas seaweed tu. Nasi jangan sampai penuh satu seaweed letak dalam 3/4 saiz seaweed je. Then boleh susun daging, tuna semua tu. After that gulung la, sambil gulung tu tekan-tekan sikit biar dia mampat.
8. Da siap gulung boleh potong. But, sebelum potong lumurkan gulungan kimbap tu dan pisau pemotong dengan minyak bijan. Tujuannya biar senang nak memotong. And tada~ siap dihidang! ;D

Makanan wajib setiap kali picnic dengan my bff ❤️

Picnic baru-baru ni.
Kimbap, Japchae, Gyeranmari, Cakes ❤️

Selamat mencuba semua. Any question boleh drop comment ok ;D
Thanks for reading and see you in next entry~ xoxo!


0 comments:

Cara Gantung Tapestry

7:30:00 PM Syafy Syaf 1 Comments

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, 안녕, hi, hello 🤗

Just wanna say that I'm in the middle of sem break rn 😆 
Tbh sejak masuk U memang x cara langsung kat bilik yg at rumah ni. 
Even masa cuti sem 1 bulan jan tu hari pun ak x cara bilik tu 😅
So nak dijadikan citer, somehow hiasan kat bilik which is board untuk letak gambar fell down. Thus buatkan bilik ak nampak kind of bored, x ceria etc 😪
Bila da macam tu apa lagi, mata pun sakit la memandang 🙄

And cuti sem untuk sem 2 ni ak gunakan untuk hias balik bilik. 
At first ingat nak ubah koordinasi perabot sekali tapi got no idea coz bilik ak ni banyak perabot ( katil, sofa, rak buku, meja study, meja solek & almari , nampak  mcm sikit tapi dgn ruang bilik yg x berapa ni besar ni hmmmm ) so agak susah nak ubah. 
Salah letak nanti bilik akan jadi sempit 😫 Lepas puas fikir tapi still x dapat idea nak ubah macam mana perabot semua tu ak pun give up and decided just hias semula bilik tanpa mengalihkan perabot semua tu.

Plan punya plan ak pun decided nak gantung tapestry + fairy light. 
Da lama teringin nak hias macam tu actually sebab tengok bilik orang lain lawo je buat macam tu 😆
Sooo, masuk ke main point entry ni, actually i wanna share the way to hang the tapestry without ruining it! 
Tapestry tu kan lawo kemain so mesti la sayang klo nak lekatkan double tape straight pada kain tu or nak buat lubang untuk masukkan tali ke 😐 Before that, here a pic of part of my room where i hang the tapestry! ✨
Cantik kan? 😍😍
When the light is off! ✨

Ok so cara untuk gantung ni yg selalu orang pakai ada 2. 
One guna velcro tape and one more guna penyepit kayu ( yg selalu org guna untuk sepit polaroid tapi dalam saiz besar ).
For me, ak pakai yg 2nd way, penyepit kayu. Guna velcro tap ni agak leceh sebab susah dapat + agak pricey harga dia. And for more nampak lagi cantik bila guna penyepit kayu tu, for me la 😬

What u need are :
1. Penyepit kayu 
2. Double tape super strong!


Penyepit kayu tu ak beli at DIY. Yg ada tapak putih tu lagi senang actually berbanding sepit kayu biasa.
Didnt remember the price. I think around RM3-RM4 in a packet consist of 4.
Untuk double tape tu ak beli at kedai buku. 
Klo x tahu mana yg kuat or x, tanya je dekat pekerja situ. 
Cakap nak double tape yg kuat, yg boleh lekat kat dinding.
 Masa ak mintak tu dorang bagi yg mcm gambar at atas. And seriously memang kuat 👍🏻

Cara dia senang je, korang lekatkan je double tape tu at penyepit macam gambar at atas then tampal at dinding. The kepitkan tapestry. 
Kemungkinan tapestry jatuh agak tinggi sebab tapestry kan agak berat. So cara ak, ak pinkan tapestry tu at celah pengepit and settle ~
And tadaaaaa~ Now I have beautiful background for selfie! 


Cantikkan my background 😁

Hi? ☺️

yesseu i labb using snow filter 🙈

Thats all for this entry. Till we meet again in next entry.

Thanks for reading~ xoxo ❤️

1 comments:

Resepi Spagetthi Bolognese Homemade Tanpa Prego 🍝❣️

8:51:00 PM Syafy Syaf 0 Comments

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, 안녕, hi, hello 🤗

Actually one of my intention masa buat blog ni adalah untuk share resepi makanan coz i love food and cooking 😆
But somehow macam tak tercapai sangat je target ak tu and blog ni pun ak jarang2 update 😅😅 susah benor nak aktif kat blog. 🤦🏻‍♀️

So lets get to the main point, hari ni ak nak share resepi spagetthi bolognese yang ak baru je buat untuk lunch tadi 😋
Spagetthi is my huge bae u know 💕 Tapi ak sejenis klo memasak x suka yang instant ( semua jenis makanan la bukan spagetthi je ) Ak suka buat sendiri so baru terasa kepuasan makan tu. 😍 Tadi tengah hari tiba2 craving tu masak tu.
At first ak gode2 resepi yg ak pernah buat dulu tapi x jmpa, da la ak x buat bookmark page tu 😭 So usha2 page lain sampai la ak jmpa resepi ni. Banyak jgak page ak gode before decide nak try yg ni 😆

Resepi ni ak ambik dari blog DAMAI QALBU yang empunya resepin yg asalnya ialah daripada web  RESEPI MALAYSIA


Bon Appetit ❤️

Bahan-bahan: (5-6 orang)
1 paket spagetti 
500gm daging cincang
250gm tomato puri
250gm sos tomato
6 ulas bawang merah | cincang
2 ulas bawang putih | cincang
2 biji tomato | hiris halus ( ak potong dadu )
1/2 biji lobak merah | potong dadu
3-4 biji cendawan butang | potong dadu ( ak x isi sbb x suka 😆 )
1 cawan air ( ak tambah )
1 senduk susu segar
1 kiub stok daging lembu (optional) - ak x isi pun
Oregano atau Italian herbs
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara:
1.Untuk spaghetti, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam.Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.
2.Untuk sos bolognese, tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu.
3.Kemudian masukkan daging cincang.Goreng hingga warna daging keperangan.
4.Masukkan tomato, lobak merah dan cendawan butang.Goreng sehingga sayur lembut.
5.Masukkan tomato puri, sos tomato, air dan susu.Kacau hingga sekata.
6.Masukkan oregano/ italian herbs dan stok daging lembu.(optional)
7.Kalau tak cukup masin, tambahkan garam.
8.Biar sehingga mendidih kemudian masak hingga api perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
9.Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba uolls and seeya in next entry 🤗

Thanks for reading~ xoxo ❤️

0 comments: