Resepi Biskut Red Velvet Mudah dan Sedap 🍪
Assalamualaikum and hii semua 👋🏻 Malam ni nak share resepi cookies lagi 😂
Sebab cookies butterscotch yg buat few days ago da habis and mulut plak jenis tak boleh berhenti mengunyah, so kita buat la cookies lain plak 😋 Nak buat yg butterscotch tu lagi sebab sedap teroks (puji diri sendiri plak 🤭) tapi bahan tak cukup 😭
Resepi ni pun ambik dari Kak Wan. Memang da biasa guna resepi dia dari zaman ambik kursus jangka pendek pastry kat Kolej Komuniti masa habis spm dulu (2014) 😄
Jom start!
Cue lagu Yummy 😆 |
Bahan2 yang diperlukan :
• 200g butter
• 30gm shortening
• 220g gula pasir
• 1 biji telur
• 300g tepung gandum
• 20g serbuk koko
• 50g tepung jagung
• 3/4 sk baking soda
• 1/4 sk garam
• 1sk cuka makan
• 1sk esen vanila
• 1sk bright red coloring
• 100g white choc chips
• white choc chips secukupnya untuk hiasan
Cara buat :
1. Mix butter, shortening & gula sampai berkrim
2. Masukkan telur, esen vanila, cuka & pewarna. Putar sampai rata.
3. Masukkan tepung, serbuk koko, baking soda & garam.
4. Masukkan choc chips & gaul rata dengan adunan.
5. Sejukkan dalam fridge around 30mins sambil2 tu boleh la panaskan oven.
6. Ambik adunan & tekan few choc chips at atas. Nak guna sudu boleh, tangan boleh - terpulang.
7. Susun jarak2 sbb nanti adunan tu mengembang. Bakar suhu 150C selama 20 mins api atas bawah.
8. Sejukkan dulu before masukkan dalam bekas okies 😙
And Doneee 🥳
Mcm biasa asing 1 bekas bawak masuk bilik 😆 Klo tak mmg licin ke adik2 je laa ~ |
S E L A M A T M E N C U B A ✨
1 comments: